Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya, pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita ruang dan peluang untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah.
Kedua saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat blog, kerana sudi jenguk dan menjadikan medan rujukan. Saya hanya insan biasa serta bukan dari seorang penulis blog. saya cuma bina blog dan taip apa yang terdetik di fikiran saya. jadi saya mohon maaf sekiranya entry saya tidak menarik. 😅
blog pertama saya dibina pada tahun 2010 adalah www.percutianpulautioman.blogspot.my . kepada tuan puan yang ternampak blog ini di mana mana, ya itu adalah blog saya yang pertama. di blog pertama saya itu saya cipta untuk saya update gambar pelancong- pelancong yang bercuti ke Pulau Tioman.
Entry kali ini saya nak show tuan puan penginapan yang hampir siap tidak lama lagi, dalam penelitian saya lagi 20% sahaja akan siap keseluruhan bilik jenis deluxe ini. bilik ini akan di lengkapi dengan shower water heater, air-conditional dan beberapa kelengkapan lain yang akan disediakan.
untuk 1 unit room ini boleh di duduki max 4 orang. jadi secara ringkas bilik ini adalah mengadap laut, jadi kepada tuan puan yang inginkan resort yang mengadap laut sememangnya tidak perlu pilih tempat lain. untuk harga pakej bilik ini saya akan maklumkan kemudian disini.
Sebelum berakhir suka saya memaklumkan kepada tuan puan dimana saya mempunyai beberapa laman sosial, jadi tuan puan boleh di ikuti.
Facebook page:
Instagram:
Sekian terima kasih
Yang ikhlas berkhidmat,
Abang Wan 💓